PENGENALAN

Assalamualaikum..

Casa Adelia merupakan sebuah rumah tamu atau dengan kata lainnya homestay yang terletak di Taman Banggol Permai, Kemaman, Terengganu. Homestay ini merupakan sebuah rumah teres satu tingkat serta mempunya 3 bilik tidur dan 2 bilik air yang sangat selesa dan cantik untuk kemudahan para tetamu yang berkunjung.


Setiap bilik dilengkapi dengan set katil, meja sisi, tempat menyangkut pakaian, dan bantal yang mencukupi. Selain itu juga, homestay ini mempunyai kemudahan penyaman udara, televisyen, peti ais, dapur masak, peralatan memasak, pembakar roti, dan periuk nasi. Kami juga menyediakan seterika dan iron board bagi memudahkan tetamu yang datang tanpa perlu bersusah payah membawaya sendiri.

Homestay ini terletak berhampiran dengan pintu gerbang Kemaman-Kuantan, dan Pantai Cherating. Kami turut menyediakan alat BBQ jika pengunjung ingin berkelah ke Pantai yang berhampiran.

Harga yang ditawarkan untuk tempoh promosi hanyalah RM150 bagi tempoh dua hari satu malam. 

Sebarang pertanyaan dan tempahan, hubungi 0133548973.

Terima kasih..












Comments

Popular posts from this blog

11 Tempat Menarik Yang Boleh Dilawati Jika Berkunjung ke Kemaman, Terengganu

CASA ADELIA GUESTHOUSE KUANTAN, PAHANG

KATA ALUAN